Sunday, September 26, 2010

CARTA 10 : Raja Paling Kaya di Dunia

10. PRINCE KARIM AL-HUSSEINI AGA KHAN 

Prince Aga Khan, 71, adalah Ketua Agama kepada lebih kurang 15 juta penduduk muslim. Beliau mempengerusikan Aga Khan Development Network yang melabur di Asia dan Afrika untuk projek-projek pembangunan. Beliau telah menderma Istana beliau pada 1969 kepada India sebagai penghargaan kepada Mahatma Gandhi dan pengikutnya. Istana tersebut terletak di Pune, India dibina pada 1892. Tujuan utama pembinaan Istana tersebut adalah untuk memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat yang dibelenggu kemiskinan.
TAKSIR HARTA : 1 BILLION USD

KEDIAMAN RASMI  -  ISTANA AGA KHAN







9. SULTAN OMAN, QABOOS BIN SAID 
Sultan Oman ini, 67, memperoleh tampuk kuasa setelah menggulingkan ayahnya sendiri. Kekayaan beliau datangnya dari hasil minyak. Beliau juga memiliki hampir 500 kapal layar. Kediaman rasmi beliau Al-Alam Royal Palace dibina dengan seni yang cukup teliti dan indah. Sesetengah menggambarkan keindahan kediaman beliau itu dengan istana yang digambarkan dalam kisah dongeng kanak-kanak.
TAKSIR HARTA  :  1.1 BILLION USD
KEDIAMAN RASMI  :  KEDIAMAN DIRAJA QASR AL-ALAM








8. PRINCE ALBERT II ( Putera Monaco ) 
Prince Albert II, 50, adalah pemegang tampuk pemerintahan bagi Monaco ketika ini. Beliau merupakan pemerintah negeri pertama yang menjejakkan kaki ke kutub utara. Beliau juga merupakan penasihat global untuk Pertubuhan Anak-anak Yatim Antarabangsa. Kediaman rasmi beliau dibuka kepada umum pada musim panas. Biasanya kediaman beliau itu menganjurkan pelbagai acara dari konsert-konsert sehinggalah parti kanak-kanak. Kediaman ini juga memiliki galeri berkonsepkan Itali dan pelbagai salon yang menarik. Selain itu kediaman beliau juga mempunyai tempat-tempat menarik yang lain untuk dilawati seperti Bilik Pertabalan DiRaja dan Menara Sainte-Marie.
TAKSIR HARTA  :  1.4 BILLION USD
KEDIAMAN RASMI  :  ISTANA PUTERA MONACO








7. MOHAMMED VI ( RAJA MOROCCO )  
Raja Morocco ini, 46, terkenal dengan sifat beliau yang lebih kepada memodenkan masyarakat dan menyuntik budaya berusaha dan bertanggungjawab. Beliau telah berusaha menghapuskan kemiskinan dalam masyarakat Morocco. Istana DiRaja di Rabat adalah terbuka kepada umum. Beliau mempunyai masjid peribadi di dalam istana. Istana beliau terkenal tamannya yang hijau dan pintu masuk yang mewah.
TAKSIR HARTA  :  1.5 BILLION USD
KEDIAMAN RASMI  :  ISTANA DIRAJA di RABAT




6. SHEIKH HAMAD BIN KHALIFA AL-THANI ( Pemerintah Qatar ) 
Sheikh Hamad, 56, berpengaruh dalam membangunkan hasil minyak dan sumber asli Qatar. Beliau turut terkenal dalam usaha memodenkan pasukan tentera negara. Kediaman rasmi beliau terletak di Doha. Bagaimanapun beliau tidak menginap di situ. Kediaman itu biasanya digunakan untuk urusan parlimen dan menyambut para tetamu.
TAKSIR HARTA  :  2 BILLION USD
KEDIAMAN RASMI  :  ISTANA DIRAJA di DOHA




5. HANS-ADAM II ( PUTERA LIECHTENSTEIN )  
Hans-Adam II, 63, adalah pemegang tampuk pemerintahan yang ke-15. Kediaman rasmi beliau, Castle Scholss Vaduz terletak di atas bukit dan boleh meninjau hampir seluruh bandar Vaduz, ibu negara Liechtenstein dari situ. Pintu masuk ke Istana ini telah diubahsuai dan menampakkan seni gothic terdahulu. Pintu masuk asal tingginya berukuran hampir 11 meter.
TAKSIR HARTA  :  5 BILLION USD
KEDIAMAN RASMI  : ISTANA SCHLOSS VADUZ








4. SULTAN HASSANAL BOLKIAH ( Sultan Brunei )  
Sultan Brunei ini, 62, adalah pemegang tampuk ke-29 dalam 600 tahun dinasti muslim yang berterusan ini. Beliau memiliki hampir 3000 hingga 6000 kereta yang pelbagai jenis. Kediaman rasmi beliau, Istana Nurul Iman, mempunyai pemandangan yang menakjubkan. Ia merupakan istana yang paling besar di dunia. Hampir 350 juta USD telah dibelanjakan untuk istana ini. Ia mempunyai 1788 bilik, 257 bilik air, dan luas lantai sebesar 2,152,782 kaki persegi.
TAKSIR HARTA  :  20 BILLION USD

KEDIAMAN RASMI  : ISTANA NURUL IMAN



3. RAJA ABDULLAH BIN ABDUL AZIZ ( Raja Arab Saudi )  
Raja Arab Saudi ini, 84, terkenal dengan sikap pemurah. Beliau menanggung segala perbelanjaan untuk memisahkan satu pasangan kembar siam dari Poland. Istana beliau di Riyadh mempunyai keluasan hampir 1 batu kaki persegi. Kebiasaan konvoi beliau melibatkan 22 buah kereta tidak termasuk motosikal polis.
TAKSIR HARTA  :  21 BILLION USD
KEDIAMAN RASMI  : ISTANA DIRAJA di RIYADH




2. SHEIKH KHALIFA ZAYED NAHYAN (Presiden UAE)  
Sheikh Khalifa, 60, merupakan Presiden UAE dan juga pemerintah Abu Dhabi. Beliau memegang tampuk kuasa menggantikan ayahnya pada 3 November 2004. Seperti kebanyakkan negara-negara arab yang lain, sumber dan aset beliau banyak bergantung kepada sumber minyak.
TAKSIR HARTA  :  23 BILLION USD



 dan bagi mengungguli carta Raja Paling Kaya di Dunia ini..............






1. RAJA BHUMIBOL ADULYADEJ  ( Raja Thailand )  
Raja Bhumibol, 80, adalah pemerintah paling lama dalam sejarah monarki Thailand. Sikap beliau yang pemurah menjadikan beliau disayangi rakyat jelata. Beliau telah menggunakan harta beliau untuk membangunkan lebih 3000 projek pendalaman untuk rakyat miskin. Beliau telah mencatat nama dalam penerima Ijazah Kehormat paling banyak iaitu 136 yang juga adalah rekod dunia. Istananya di Bangkok dibina pada tahun 1782 berkeluasan 218,400 kaki persegi. Untuk memasuki Istana ini, anda harus mengikuti kod pakaian yang ketat.
TAKSIR HARTA  :  35 BILLION USD
KEDIAMAN RASMI  : ISTANA AGUNG di BANGKOK

No comments:

Post a Comment