Friday, September 24, 2010

Kisah Kucing Yang Buta

Pasti ramai di antara kita yang cukup gemar dan sayang kepada haiwan bergelar kucing. Kucing yang comel dan jinak sangat mudah mesra dengan manusia. Adakalanya ada di antara kita yang menangis dan bermuram sehingga berhari-hari kerana kehilangan atau kematian kucing kesayangan.

Kisah di bawah adalah mengenai seekor kucing istimewa yang dilahirkan tidak mempunyai mata. Malah lebih istimewa kucing ini menggunakan deria bau untuk mengenal objek dan bermain dengannya. Biarpun tidak dapat melihat, kucing ini sentiasa dibantu dan dilindungi oleh ibunya dalam segala hal. Sesetengah orang percaya orang yang buta mempunyai gerak hati yang kuat, pasti hal yang sama dialami kucing ini.










Sedih apabila mengenangkan kejadian buang bayi yang semakin berleluasa, sedang haiwan tahu menjaga anaknya..

No comments:

Post a Comment